Sejarah Penemuan

Cellfood telah dipelopori dan dicipta oleh seorang saintis terkemuka Amerika Syarikat bernama Everett Lafayette Storey.(6 Sept 1914-3 Ogos 1988) pada tahun 1956 ( Penemu bom atom hidrogen dan Nominator Nobel Prize) 

Kisah tentang Dr Everett Lafayette Storey...

Pada tahun 1946, di dalam sebuah bilik penyelidikan di Waldorf Astoria, seorang saintis dan pakar mikrobiologi Everett Storey telah bertanya Albert Einstein satu soalan yang telah mengubah hidupnya dan mungkin beribu-ribu manusia di dunia.Soalannya ialah.. "Mengapakah kita wujud di dunia ini..?" Einstein yang menggelar Everett seorang 'genius di kalangan para genius' telah menjawab.." Kita di sini untuk belajar dan terus maju..kehidupan seumpama keperluan untuk menggali ilmu.Kita belajar untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat dan begitulah sebaliknya."

Everett Storey pada masa itu sedang melakukan penyelidikannya sendiri iaitu "Fundamental laws of matter" dan alam semulajadi. Beliau telah mempelopori teknologi proses penguraian molekul air semulajadi yang dapat mengasingkan unsur oksigen dan hidrogen antara satu sama lain.Pada zaman permulaan perang dunia kedua pada tahun 1940,Badan Pengeluaran Perang telah meminta beliau menyerahkan penemuan teknologi dan kertas penyelidikan beliau.Teknologi penyelidikan beliau pada ketika itu merupakan suatu komponen yang sangat kritikal didalam perlumbaan menghasilkan bom hidrogen yang sangat berkuasa pada masa itu.Sebagai seorang yang mencintai keamanan Storey melahirkan kebimbangannya mengenai kemusnahan yang bakal berlaku jika teknologi tersebut disalahguna.Di dalam makmal penyelidikannya beliau telah mengeluarkan kenyataan polisinya yang ringkas :

"Di luar sana sebegitu ramai manusia yang mungkin menjadikan penyelidikan kami suatu pembaziran masa dan tenaga demi memenuhi agenda negatif mereka." Akan tetapi selepas perang Storey dan ramai lagi rakannya telah menghadapi suatu krisis.Ramai di kalangan rakan beliau dari seorang ke seorang satu persatu telah meninggal dunia akibat keracunan pendedahan pancaran radiasi ketika menyaksikan ujian bom.

Bertitik tolak dari sinilah Dr Everett Storey telah berusaha membangunkan konsep rahsia "Blueprint" untuk CELLFOOD.Teori beliau yang mana teknologi penguraian molekul air yang sama untuk membina bom hidrogen, mungkin bermanfaat untuk kehidupan dengan menyembuhkan berbagai penyakit.Dengan mengadaptasi unsur hidrogen (non-radioactive isotope),deuterium,dan penyebatian berbagai garam galian bermanfaat,berbagai enzim dan asid amino,beliau mungkin mencipta penawar bagi berbagai masalah kesihatan di kalangan manusia.Penemuan beliau 'electromagnetic equation' yang menyalur oksigen jati dan hidrogen jati ke dalam aliran darah,berterusan telah terbukti menyingkirkan racun tubuh (akibat pendedahan radiasi),membina semula sistem tubuh dan telah berjaya mengembalikan keadaan kesihatan beliau seperti asal.Kenyataan beliau tentang perkara tersebut: "Inilah masanya untuk umum menerima konsep penyembuhan yang sebenar ..di mana setiap manusia dapat membina keperluan bagi kesihatan tubuhnya secara optimum,memperbaiki dan mengaktifkan kembali setiap sel tubuh dalam lingkungan masa 11 bulan."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan